Cari Blog Ini

Sabtu, 2 Julai 2011

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba menakung sebak air mata.Namun tak pernah pun setitis gugur berderai di pipi.Tidak ditempah hidup sengsara suratan nasib yang melanda.Menongkah badai bergelora diredah bersendirian.Bagaikan camar pulang senja patah sayapnya  tetap terbang jua.Sekadar secicip rezeki buat yang sedang rindu menanti.Segenggam tabah dipertahankan buat bekalan di perjalanan.Kau ubat luka yang berdarah kau balut hati yang calar.Telah tertulis suratan nasibmu,derita buatmu ada hikmahnya.Terlukis senyum di bibir lesu,tak siapa tahu hatimu.Biarpun keruh air di hulu mungkinkah jernih di muara.Biarpun jenuh hidup dipalu,pasti bertemu denganNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan