Cari Blog Ini

Selasa, 25 Oktober 2011


Sejarah Kemunculan Mazhab Awal Dalam Islam

 

   Sejurus selepas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah atau 8 Jun 632 Masehi, berlaku krisis kepimpinan di kalangan umat Islam ketika itu.
Ini adalah disebabkan semasa hayat baginda, Rasulullah S.A.W tidak pernah menyatakan siapakah pengganti baginda secara jelas malahan juga tidak berwasiat kepada sesiapa pun daripada para kalangan sahabat untuk menjadi khalifah selanjutnya.
   Kekecohan dalam menentukan kepimpinan umat Islam seterusnya bermula apabila sekumpulan penduduk Ansar (sahabat yang berasal dari Madinah) diketuai oleh Sa'ad bin Ubadah (ketua suku Khazraj) berhimpun di suatu tempat bernama Saqifah Bani Sai'dah untuk menentukan khalifah (pengganti Nabi).
Sebaik sahaja mendengar berita tersebut, kaum Muhajirin (para sahabat yang berasal dari Makkah) dipimpin oleh Abu Bakar as-Siddiq juga bertindak menuju ke tempat yang sama hingga menimbulkan perselisihan yang sengit di antara kedua kelompok ini. Pada masa yang sama Ali bin Abi Talib bersama Siti Fatimah tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut kerana sibuk menguruskan pemakaman Rasulullah S.A.W.
   Akhirnya demi perpaduan umat Islam, pimpinan kedua belah pihak telah berkompromi dan mencapai kata putus dengan melantik Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah. Perlantikan ini dipersetujui kerana beliau dianggap sebagai sahabat nabi yang paling kanan dan sering menjadi imam solat semasa keuzuran baginda. Abu Bakar menjadi khalifah selama 2 tahun 3 bulan dan 10 hari.
Sebelum wafat pada bulan Jamadil Akhir tahun 12 Hijrah, beliau sempat meninggalkan wasiat supaya Umar bin al-Khattab dilantik sebagai khalifah yang kedua dan keputusan ini diterima baik oleh semua kaum muslimin tanpa sebarang bantahan. Umar bin al-Khattab memegang tampuk kepimpinan umat Islam selama 10 tahun 6 bulan dan beliau telah wafat pada 16 Zulqaedah tahun 23 Hijrah.
   Kematian Umar adalah akibat dibunuh oleh musuh dari daerah-daerah yang pernah ditakluk oleh beliau sedikit masa dulu. Sebagaimana Abu Bakar, Umar juga sempat berwasiat mengenai perlantikan khalifah seterusnya. Beliau mahu agar pemilihan tersebut kelak dibuat melalui jalan musyawarah dan melarang memilih anaknya Ibnu Umar (Abdullah bin Umar bin Khattab) sebagai pengganti.
   Akhirnya, Uthman bin Affan telah dipilih sebulat suara untuk menjadi khalifah Islam yang ketiga dan berkhidmat selama 10 tahun iaitu dari 25 Hijrah hingga 35 Hijrah. Sepanjang tempoh pemerintahan sebagai khalifah, beliau tidak banyak terlibat dalam usaha-usaha meluaskan pengaruh Islam, sebaliknya lebih banyak menumpukan usaha untuk membuat penyusunan Mashaf al-Quran. Beliau berbuat demikian kerana menyedari ramai hafiz Quran mati syahid akibat peperangan ketika era pemerintahan Abu Bakar dan Umar.
   Semasa pemerintahan Uthman ini, datang seorang pendeta besar Yahudi dari Yaman yang telah memeluk Islam sekitar tahun 30 Hijrah bernama Abdullah bin Saba'. Beliau (Abdullah bin Saba'), menyangka kedatangannya sebagai seorang ''saudara baru''  yang berstatus pendeta besar akan disambut dengan meriah dan penuh kehormatan oleh Khalifah Uthman. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya kerana Uthman langsung tidak mempedulikan kehadiran pendeta tersebut sebaliknya sibuk dengan urusan pengumpulan dan penyusunan al-Quran.
   Keadaan ini menyebabkan Abdullah bin Saba' tidak berpuas hati dan membangunkan gerakan anti-Uthman. Beliau telah bertindak menyusup masuk ke dalam kelompok tentera Muslimin dan menghasut mereka agar membenci Uthman. Abdullah bin Saba' cuba memporak-perandakan perpaduan di kalangan mereka dengan mengubah hadis yang seolah-olah menggambarkan bahawasanya Ali bin Abi Talib adalah khalifah Islam yang sebenarnya.
   Abdullah bin Saba' juga telah mengubah hadis daripada Aisyah yang menyatakan bahawa Rasullullah S.A.W ada berwasiat bahawa Ali bin Abi Talib akan menjadi khalifah selepas baginda. Justeru itu, Abdullah bin Saba' memandang rendah malahan membuat penghinaan terhadap Abu Bakar, Umar dan Uthman dengan mendakwa bahawa ketiga-tiga sahabat ini telah merebut kuasa serta tidak mematuhi wasiat baginda Rasullullah S.A.W. 
   Dia menyatakan bahawa ketinggian darjat Ali yang juga sepupu dan menantu Rasullullah S.A.W membuktikan betapa masih ada pertalian darah Ali dengan baginda S.A.W. Propaganda Abdullah bin Saba' ini sedikit demi sedikit telah mempengaruhi di kalangan umat Islam ditambah lagi dengan faktor kelemahan Uthman sendiri. Beliau mengamalkan nepotisme dengan melantik kalangan keluarga di dalam pentadbiran negara dan menjadi pengusaha-pengusaha daerah dan telah menghilangkan cincin perak (stempel) Rasullullah S.A.W.
   Akhirnya, agenda Abdullah bin Saba' ini telah membuahkan kejayaan dengan tragedi pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah. Hasilnya, umat Islam sama ada yang menyokong Uthman mahupun sebaliknya telah sepakat melantik Ali bin Abi Talib sebagai Khalifah keempat.
   Semasa pemerintahan Ali, bermulanya perpecahan besar di kalangan umat Islam. Ini adalah disebabkan ada di kalangan para sahabat yang menuduh Ali terlibat dalam perebutan kuasa untuk menjadi khalifah dengan membunuh Uthman lantas menuntut qisas (hukum balas) atas tragedi tersebut.
   Sebaliknya terdapat juga golongan pro Ali yang mempunyai pendapat sendiri mengenai perlantikan beliau sebagai khalifah. Senario ini telah menyebabkan para sahabat Rasullullah S.A.W membentuk golongan-golongan sendiri bergantung kepada intipati ijtihad masing-masing. Apa yang jelas, sepanjang pemerintahan Ali bin Abi Talib para sahabat telah berpecah menjadi empat golongan besar iaitu :-
  1. Golongan Syiah dan sebahagian kaum Ahli Sunnah di Madinah yang menjadi penyokong Khalifah Ali;
  2. Golongan pendukung Mu'awiyah bin Abi Sofyan yang terdiri daripada para penguasa (gabenor) di Damsyik (Damaskus) dan Suriah (Syria). Mereka menuduh Ali bersekongkol dengan pembunuh Uthman bin Afffan lantas bertindak mengangkat Mu'awiyah sebagai khalifah. Akibatnya terdapat dua orang khalifah pada masa yang sama iaitu Ali di Madinah dan Mua'wiyah di Damaskus;
  3. Golongan yang dipimpin oleh Siti Aisyah Ummul Mu'minin iaitu isteri Rasullullah S.A.W dan diikuti oleh Talhah serta Zubair. Mereka tidak mengiktiraf Ali sebagai Khalifah, tetapi tidak menganggap Ali terlibat dalam pembunuhan Uthman bin Affan. Siti Aisyah tidak berada di Madinah ketika peristiwa pembunuhan itu berlaku. Sementara itu, Thalhah dan Zubair telah diancam dengan pedang di atas kepala supaya bersetuju mengangkat Ali sebagai Khalifah;
  4. Golongan yang dikepalai oleh Ibnu Umar (Abdullah bin Umar bin Khattab), diikuti oleh Muhammad bin Salamah, Uthman bin Zaid, Sa'ad bin Abi Waqas, Hasan bin Tsabit, Abdullah bin Salam. Mereka tidak mengiktiraf kepimpinan Ali, tidak menuduh Ali terlibat dalam komplot pembunuhan Uthman dan juga tidak menjadi pendukung Khalifah Mua'wiyah.
   Perpecahan tersebut telah memberi impak besar ke atas perpaduan umat Islam ketika itu dan menyebabkan berlakunya peperangan saudara di antara sahabat nabi. Perang saudara yang pertama berlaku pada tahun 36 H dinamakan Perang Jamal (Perang Unta) melibatkan pengikut Siti Aisyah melawan Khalifah Ali. Ia berakhir dengan kemenangan di pihak Ali dan mengorbankan dua orang sahabat Nabi iaitu Thalhah dan Zubair yang berada di pihak Siti Aisyah.
   Peperangan saudara kedua yang dianggap terbesar pula berlaku di antara pengikut Mu'awiyah melawan Khalifah Ali berlaku pada tahun 37 H. Pertempuran hebat kedua-dua pihak ini yang juga terkenal dengan panggilan Perang Siffin telah ditamatkan dengan proses gencatan senjata. Walau bagaimanapun, peperangan ini bukan sahaja telah mengorbankan nyawa para sahabat Nabi S.A.W tetapi telah menimbulkan salah faham dalam bidang politik sehingga melibatkan isu akidah.

Rabu, 19 Oktober 2011

Mutiara Kata Penuh Hikmah

Ketahuilah bahawasanya di dunia ini, terdapat pelbagai bentuk dan unsur mutiara kata...Kebiasaannya banyak mutiara kata yang diambil daripada Al-Quran dan As-Sunnah...Tetapi ada juga yang diambil dari para cendekiawan bijak pandai..Di bawah adalah sedikit mutiara kata yang boleh kita jadikan sebagai renungan bersama,Insya Allah....:

"Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat"
" Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"

"Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu"
Antara lain:

  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
  • Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
  • Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

Sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang mendapat kekhusyukan di dalam sembahyangnya...Moga2 beroleh ganjaran pahala yang setaraf dengan amalan yg mereka kerjakan di dunia ini,InsyaAllah.....